Blogger Layouts
NEVER REGRET ANYTHING THAT HAS HAPPENED IN YOUR LIFE,IT CANNOT BE CHANGED, UNDONE OR FORGOTTEN SO TAKE IT AS A LESSON LEARNED AND MOVE ON

Monday 24 December 2012

BE MINE.....

Tasha Manshahar adalah salah seorang anggota di Clora Studio. Dia adalah seorang penyanyi You Tube yang baru sahaja dikenali oleh peminat muzik di tanah air. Dia dikenali dengan videonya ‘Be Mine‘ dan video bersama pasangannya, Syed Shamim iaitu ‘Mr. Sexobeat (Cover)‘.  Dia juga telah menghasilkan lagunya sendiri iaitu Be Mine.




  



Lirik Lagu Be Mine - Tasha Manshahar
Lagu : Tasha Manshahar
Lirik : Tasha Manshahar
Bermula di Facebook
You IM I dulu taktahu malu
I malas nak layan
So I buat taktahu
You terus cuba dan mencuba
Sehingga I jatuh cinta
Gatalnya diri you
Membuat I terjatuh
Bila kita dah start mengada
Kita selalu keluar sama
Borak panjang panjang
Makan dan tengok wayang
Sikit sikit je I merajuk
You selalu sabar pujuk
Tapi sebenarnya
I cuma test you saja
c/o :
Let me tell you that I love you
And I never wanna wrong you
Take my hand baby
Come, go through with me
Let me tell you that I miss you
And I never wanna lose you
You’re my heart baby
My life is incomplete without you
Dalam pada I gembira
Sometimes I feel so sad juga
Cause you dah berpunya
But I always want you to be mine forever
Please be mine forever



Tuesday 27 November 2012

Rombongan cik kiah ke sungai Sedim KULIM keDAH...




Assalamualaikum.....
Dah lama tak menulis kat sini...Sangat sibuk ngan kuliah dan esaimen membuatkan kekangan dalam menulis....Hari ini saya nak kongsikan pengalaman saya berada di Sungai Sedim Kedah pada Sabtu dan Ahad  24 hb dan 25 hb november 2012.......



Peta lokasi ke Sg SEDIM kuLIM kEDAH..







HARI PERTAMA

















 












HARI KEDUA


















Saturday 6 October 2012

Masa oh Masa...........

Assalamualaikum,

Dalam mengejar erti kehidupan, masa yang paling tidak mampu kita ulang,berhentikan seketika untuk kita memperbetulkan kesilapan  hidup....Kadang2 apabila kita tersedar,masa terus berjalan tanpa menoleh ke belakang kita sekali pun...itulah ketentuan masa yang terus berdetik pada saat dan minitnya meninggalkan orang-orang yang dalam kerugian...Sebagai orang islam,kita hendaklah menghayati Surah AL-ASR dimana peringatan Allah kepada hambanya.


 
Masa tetap berlalu pergi walaupun kita duduk mendiamkan diri.
Empat perkara tidak boleh dituntut lagi:
i. Kata- kata yang menyakitkan hati
ii. Peluang yang tidak  diisi
iii. Umur yang tidak dihargai
iv. Masa muda yang  telah berlalu pergi





Monday 1 October 2012

K0s0ng..........

Assalamualaikum,

Happy monday!

Kali ini entri aku kelihatan beremosi sikit...bukan apa terasa jiwa nie kosong pulak..Sekarang nie aku mengalami simptom orang dilamun cinta,tp aku bukan dilamun cinta...

Mandi tak basah,
Tidur tak lena
Makan tak kenyang

Tapi  itu semua kerana aku tengah stress dengan research aku sebagai  persediaan student semester akhir..
Sangat penat dengan keadaaan macam ini...Bukan aku seorang mengalami stress ini,tapi semua rakan perjuangan  aku  part 5B n  part 5A  pon sama...Letih turun naik bilik lecturer untuk minta diapprove research  dan melihat muka stress kawan2x...Tapi turut juga terkecuali bersimpati dengan senior2x
yang turut berhempas pulas dengan  research mereka....Btw inilah lumrah sebagai seorang student untuk  bergelar graduan...Semoga Allah permudahkan segalanya....Amin....




p/s: Seperit mana pun esok...
      Senyumlah.....
     Kerna senyuman itu penawar kepahitan
 

Saturday 29 September 2012

Menjadikan ku seorang dewasa.........

Assalamualaikum,

Kadang- kadang aku terfikir dewasakah aku?....Orang kata menjadi tua itu pasti, tapi menjadi dewasa itu satu pilihan..Andai kata ia 1 pilihan,aku memilih kearah kedewasaan  kerana ingin menunjukkan kematangan aku supaya orang lebih menghormati diriku ini...Tapi aku sedar ciri ciri itu masih belum terserlah dalam diriku ini...

 Tp syukur Alhamdulillah dah 2 tahun lebih aku berada di perantauan...Berada di bumi perak yang begitu asing sekali dalam hidup aku...Tapi bagi aku setiap perkara yang berlaku dalam kamus hidup aku akan ku jadikan satu pengajaran berguna dalam ku aplikasikan menjadikan aku seorang manusia yang  berguna di alam maya ini...

Aku bukan seorang yang sempurna,
Kadang2 aku tak sedar pun aku dah lukakan hati orang,
maafkan manusia ini erk...



*Semua orang akan belajar,Semua orang akan membesar,Tapi tidak semua belajar untuk menjadi dewasa
*Selagi hidup bersama masa,maka yang hidup itu menjadikan dewasa bersama usia...

Tuesday 11 September 2012

Say Hi New Semester.............

Assalamualaikum w.b.t  dan salam sejahtera....


 Hi  Semester 5!

Tak sangka dah semester 5 rupanya....Moga semester ini baik- baik sahaja... Baru 2 hari  masuk kelas ini,kepala masih blur kerana masih dalam mood santai...ini kerana mood berlibur masa cuti semester itu masih ada lagi dalam jiwa ragaku...Subjek2 sem ini kira boleh tahan la nak kena hadapi.....

Antara subjek yang akan ku belajar ialah:
i. Strategic management(belajar dengan prof  kena laju cam kereta api....sehari dah ambik 1 bab)
ii. Research methodology
iii.Environmental economics
iv.Regional economics
v.Economic issues and policies
vi.Public Finance

kawan 2 x berubah wajah pon semester ini....masih lagi muka2 yang sama.... cuma de yang bertambah cantik,tampan,putih n gelap,ada juga bertambah jerawat pasir di muka...

Semoga semester ini dipermudahkan......Bnyak benda kena belajar,bertatih- tatih dengan bantuan yang pakar....Semangat yang hilang harus dikembalikan,,,,So,semester ini kena usaha lebih...


tiupan semangat untuk semester baru.....

Tuesday 10 July 2012

Semester 4 akan berakhir....

Assalamualaikum..

Pada 13hb ny bersamaan hari jumaat,secara rasminya liza akan tamatkan pengajian tuk semester 4 nie....
Secara conclusionnya,semester ini pon agak mencabar....macam2 dugaan yang kena hadapi semester ini....
subjek2 sem nie pon kira boleh tahan menguji  kami sebagai pelajar..

intermediate macroeconomic
international economic
managerial eco
entrepreneurship
hubungan etnik
islamic business transaction
report writing

tapi ,walau per pon kegembiraan bersama rakan-rakan seperjuangan tak dapat dilupakan....



Saturday 7 July 2012

KURUS + CANTIK

Assalamualaikum,

kurus apa maksud eh?sape tau???angkat tangan...huhuhu
okey la mengikut kamus dewan urmmm tak jumpa lar....penat dah search..maybe x perasan kot.Tp nape sume org nk kurus dan aku benci bila dyorang kata mar,kurus la ko,,,,its depends on individual itu sendiri...Dah aku dilahirkan sejak azali lagi memang kurus camnie,nak kata faktor keturunan mungkin aku ikut ma aku kot....dan mungkin aku ank yg tengah so adik2 aku dah sedut lemak pada aku.,...ahakss...teori pe ny x boleh pakai dalam research....reject terus....


Berdasarkan my research,selalunya org nak kurus sebab:
  i.ingin cantik (aku dah kurus mungkin x cantik kot kalu pakai bju bdan straight jer)
  ii.ingin sihat  (kurus ke gemuk ke tetap kena jaga kesihatan)
  iii.Ingin dipuji dan dipuja (kurus sangat n gemuk sangat pon kena kutuk)
  iv.bebas memakai pe sahaja tanpa batasan(ikut saiz la kalu nak pakai per2 pon)



Ini pic 2 org adikku mengikut teori research diaorng ambil lemak aku...

conclusion:kurus ke gemuk ke sama sahaja yang penting kita tetap sama dari pandangan ALLAH s.w.t....
  
    


Monday 25 June 2012





26.6. 2012..............
 tarikh yg patut aku kenang dalam hidup aku....
rupanya2 dah 2 tahun aku  berada di bumi Perak ini...
Bnyak suka duka n perkara yang mematangkan aku ketika berada di sini...
InsyaALLAH tahun depan habislah pengajian aku di sini.
    


untuk bab cinta,kenangan tetap ada...andai dapat ku undur masa........ namun ia tetap menjadi sejarah...sejarah yang mugkin akan berulang atau tidak...








Berterima kasihlah pada orang yang telah...
  •  MELUKAI HATI mu kerana dia telah membuat HATIMU KUAT...
  • MEMBOHONGI mu kerana dia membuat HIDUP mu makin BIJAKSANA...
  •  MEMBENCI mu kerana dia yang MENGASAH KETEGARAN mu...
  •  Dan MENYAYANGI mu kerana itulah ANUGERAH TERINDAH dalam hidupmu..♥

Jangan pendam marahmu, kelak ia jadi DENDAM.
Bukan hak kita buat dia menyesal dan rasa bersalah atas tindakannya yang salah itu, biar ALLAH Maha Membalas.

Binalah hidupmu dengan KENYATAAN.

Bila ada yang sayang, jangan lukai hatinya..
Bila ada yang cinta, jangan kamu titiskan air matanya..
Bila ada yang menanti, pastikan kamu kembali..
Bila ada yang setia, lakukan yang sama..

Bila dia banyak berkorban untuk kamu, hargailah jangan lukakan hatinya..
Bila dia pergi, pergilah kejar selagi merasa dia bererti..
Kerana bila dia tiada di sisi, barulah nanti kamu menyesal kerana mensiakan satu-satunya insan yang ikhlas mencintai kamu..
<<<insya ALLAH>>> ALLAH MAHA TAHU

Cinta oh Cinta.................

✿•❤ Kita kerap berlari MENGEJAR sesuatu yang bukan milik kita, yang langsung tidak berikan PERHATIAN kepada kita.

Mengapa kita TIDAK berhenti sejenak dan melihat ke
belakang, mana tahu ada SESEORANG sedang mengejar
kita juga?❤•✿

>>> Belajarlah mencintai orang yang mencintai anda,bukan cuba dapatkan orang yang anda cinta (✿◠‿◠)
                  P/S: Bercinta memang mudah
                     Untuk dicintai juga memang mudah 
                     Tp untuk dicintai oleh orang yang kita cintai
                     itulah yang sukar diperoleh...





Wednesday 20 June 2012

Dalam hidup aku, ada juga aku angan-angankan nak dapat suami seorang uztaz ....Tp memandangkan diriku,dapat ke  aku merebut cinta seorang uztaz....Nak ke uztaz  pandang aku nie....hu hu hu....So,baru-baru ini masa di facebook,aku terjah fan page kelab peminat novel.So,terbaca pulak novel yang tajuknya sama apa yang aku angan2 kan selama ini...So,cuti semester ini saya nak miliki novel ini....

‎(NOVEL TERBARU) : SUAMI AKU USTAZ - Hannah Dhaniyah

Novel ini menduduki no 1 carta bestseller di MPH - Sedutan akhbar berita harian 1/6/2012. Novel ini juga menduduki No 2 Carta Bestseller di POPULAR 2 minggu berturut-turut - Sedutan Akhbar Berita Harian 25/5/2012 dan 1/6/2012

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Dapatkan di MPH, POPULAR seluruh negara. Novel ini sudah berada di kedai-kedai

Judul : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25


Sunday 15 April 2012

MENGIMBAS ZAMAN KECILKU........






\


Agaknya benda ini masih  wujud pada   zaman  anak-anakku nanti tak????

Saturday 7 April 2012

CUTE CAT............meow meow......

so romantic......