Blogger Layouts
NEVER REGRET ANYTHING THAT HAS HAPPENED IN YOUR LIFE,IT CANNOT BE CHANGED, UNDONE OR FORGOTTEN SO TAKE IT AS A LESSON LEARNED AND MOVE ON

Wednesday 20 June 2012

Dalam hidup aku, ada juga aku angan-angankan nak dapat suami seorang uztaz ....Tp memandangkan diriku,dapat ke  aku merebut cinta seorang uztaz....Nak ke uztaz  pandang aku nie....hu hu hu....So,baru-baru ini masa di facebook,aku terjah fan page kelab peminat novel.So,terbaca pulak novel yang tajuknya sama apa yang aku angan2 kan selama ini...So,cuti semester ini saya nak miliki novel ini....

‎(NOVEL TERBARU) : SUAMI AKU USTAZ - Hannah Dhaniyah

Novel ini menduduki no 1 carta bestseller di MPH - Sedutan akhbar berita harian 1/6/2012. Novel ini juga menduduki No 2 Carta Bestseller di POPULAR 2 minggu berturut-turut - Sedutan Akhbar Berita Harian 25/5/2012 dan 1/6/2012

Alisa bukanlah anak gadis yang nakal mana pun. Tapi bila mak dengan ayah sudah mula tidak percayakan diri dia, apa lagi yang dia boleh buat?

“Kami nak satukan kamu dengan Hafiz sebelum kami bertolak ke Mekah.”
Yang menjadi masalah buat Alisa apabila ‘TIDAK’ bukan salah satu pilihan jawapan yang dia ada. Dan dia pula tidaklah pernah terfikir hendak melarikan diri daripada keluarga. Senakal-nakal Alisa, kasih sayang mak dengan ayah masih mampu membuatkan dia mengikut kata mereka. Tapi macam mana pula dengan cita-cita dia?

“Dia itulah ustaz di sekolah aku. Ustaz yang popular pula tu sebab masih belum berpunya. Hendak dikatakan handsome, semestinya tidak. Pada aku, dia bukanlah tergolong di dalam lelaki idaman aku. Tetapi, kalau sudah ramai yang mahu mengisi borang untuk masuk ‘Kelab Peminat Ustaz Hafiz’ sekiranya kelab itu wujud, mestilah dia tu ada rupa, ya tak? Aduh! Tidak fasal-fasal dia menjadi kepunyaan aku pula.”

Macam mana agaknya apabila Alisa yang berperangai gila-gila terpaksa hidup dengan Hafiz yang hidupnya skema? Tapi skema ke Hafiz kalau perangainya suka menyakat Alisa sejak lahir sehinggalah besar?

“Cuma aku harap, kahwin ni bukan bermakna hidup aku berakhir. Well, kau tahulah kan. Cita-cita aku ni tinggi. Pada aku umur baya kita ni sebenarnya hidup kita baru bermula. Mana nak belajar, nak kerja. Aku harap, everything is going to be well.”
Alisa. Cita-citanya setinggi langit, cintanya masih belum pernah berputik. Akan wujudkah cinta buat si suami dan bertahankah jodoh mereka berdua? Perlukah salah seorang berkorban hanya untuk membuatkan cita-citanya kesampaian?

Dapatkan di MPH, POPULAR seluruh negara. Novel ini sudah berada di kedai-kedai

Judul : Suami Aku Ustaz
Penulis : Hannah Dhaniyah
Penerbit : Karyaseni
Semenanjung : RM22
Sabah/Sarawak : RM25


No comments:

Post a Comment