Blogger Layouts
NEVER REGRET ANYTHING THAT HAS HAPPENED IN YOUR LIFE,IT CANNOT BE CHANGED, UNDONE OR FORGOTTEN SO TAKE IT AS A LESSON LEARNED AND MOVE ON

Monday, 2 September 2013

Kehilangan.....

Assalamualaikum....





Dah lama tak menulis di blog ini...Alhamdullilah dah abis pun pengajian saya di UiTM.Kini dah tiba masanya untuk jadi seorang yang bekerjaya dan mencari rezeki di bumi Allah ini..

Tajuk entri kali ini tentang kehilangan..dalam hidup ini tak semua apa yang kita miliki akan menjadi hak milik kita selamanya.kerna semua itu pinjaman Allah dan bila- bila masa  kita akan diuji dengan kehilangannya.

Hidup ini ibarat membuka sebuah lembaran buku.Makin banyak lembaran yang kita buka,makin sedikit lembaran yang bersisa.Akhirnya lembaran itu akan habis. Begitulah perjalanan kita  menuju ajal.

Tanpa kita sedar kita akan rasa sakit atas kehilangan orang yang kita sayang.Tapi yang akan buat kita kuat adalah kenangan bersama mereka. Namun ingatan atas kenangan itu,doa kita kepada dia yang akan menemani sebab dia pernah jadi sebahagian dalam hidup kita suatu masa dahulu.

Tips untuk kuat dan tabah kerna kehilangan orang kita sayang..

     1. percaya yang kematian itu pasti
     2. Boleh menangis kerna kehilangan tapi relakan pemergiannya
     3.Teruskan kehidupan
     4.Tunaikan hasratnya yang tidak kesampaian
     5. Jangan kecewakannya dan banyakkan sedekah AL- fatihah kepada dia

                 AL- FATIHAH DIATAS KEHILANGAN WAN SAUDARA SAYA  DAN PAK SEDARA SAYA.SEMOGA ROH MEREKA DICUCURI RAHMAT DAN DITEMPATKAN DIKALANGAN ORANG YANG BERIMAN.AMIN......
     

P/s: